Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Dunia tidak bersedia untuk penularan virus, kata WHO

Feb 26, 2020 | 11:39 AM
 Encik Bruce Aylward memaklumkan kepada media tentang virus Covid-19 setelah pulang dari China. FOTO: EPA-EFE.
Encik Bruce Aylward memaklumkan kepada media tentang virus Covid-19 setelah pulang dari China. FOTO: EPA-EFE. -

GENEVA: Dunia tidak bersedia untuk mengatasi penularan virus Covid-19, kata ketua pakar misi bersama WHO-China pada Selasa (25 Februari) sambil menggesa semua negara untuk mempelajari daripada kepakaran China.

"Anda harus bersiap sedia untuk mengendali keadaan ini di peringkat lebih luas... dan ia harus dilaksanakan dengan cepat," kata Encik Bruce Aylward, ketua Kumpulan misi bersama WHO-China kepada wartawan di Geneva sambil menekankan kepada semua negara bahawa mereka harus 'bersedia seolah-olah wabak virus itu akan menimpa kita esok'.

Kenyataan beliau dimaklumkan sedang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bahawa wabak virus tersebut telah memuncak di pusat penularannya di China, di mana ia telah membunuh lebih 2,600 mangsa dan menjangkiti 77,000 orang.

Namun, keadaan itu telah bertambah teruk di luar China kerana terdapat hampir 2,700 kes jangkitan dan lebih 40 orang telah terkorban. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg