Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Enam lagi kes jangkitan disahkan di atas kapal pelayaran Jepun

Feb 10, 2020 | 10:09 AM
Kapal pelayaran Diamond Princess, yang kini berlabuh di Terminal Kapal Pelayaran Daikoku Pier di Yokohama. Enam lagi orang di atas kapal itu disahkan menjangkiti koronavirus. - Foto EPA-EFE/JIJI PRESS
Kapal pelayaran Diamond Princess, yang kini berlabuh di Terminal Kapal Pelayaran Daikoku Pier di Yokohama. Enam lagi orang di atas kapal itu disahkan menjangkiti koronavirus. - Foto EPA-EFE/JIJI PRESS -

TOKYO: Enam lagi orang di atas kapal pelayaran Jepun disahkan menjangkiti koronavirus, kata pemerintah Jepun pada Ahad (9 Februari), membawa jumlah orang di atas kapal yang diuji positif virus itu kepada 70 orang.

Keputusan ujian masih lagi dinanti sedang penumpang di atas kapal pelayaran Diamond Princess dikenakan kuarantin selama dua minggu bagi menangani virus itu, yang meragut nyawa ratusan orang, kebanyakannya di China.

Pihak berkuasa Jepun sebelum ini telah menguji 279 orang di atas kapal itu dan mendapati 64 orang daripadanya telah dijangkiti virus itu.

Selain jangkitan di atas kapal, Japan telah melaporkan 26 kes.

Kapal pelayaran Diamond Princess telah dikuarantin selepas seorang penumpang disahkan dijangkiti virus itu selepas turun daripada kapal itu di Hong Kong pada 25 Januari.

Kapal itu mempunyai lebih 3,700 penumpang dan anak kapal apabila ia tiba di pelabuhan Jepun minggu lalu.

Pada Ahad, puluhan orang telah dibawa ke hospital dan kira-kira 3,600 orang, kebanyakannya warga emas, masih berada di atas kapal.

- AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg