Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: EU cari koordinasi lebih baik tangani wabak

Feb 13, 2020 | 10:32 AM
Maklumat berkenaan koronavirus COVID-19 yang dikongsikan dengan orang ramai di lapangan terbang Tegel, Berlin. FOTO: AFP
Maklumat berkenaan koronavirus COVID-19 yang dikongsikan dengan orang ramai di lapangan terbang Tegel, Berlin. FOTO: AFP -

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) akan berbincang cara meningkatkan kerjasama untuk menangani wabak koronavirus Covid-19 yang telah membunuh lebih 1,100 orang di China dan telah menjangkiti beberapa negara Eropah.

"Keberkesanan langkah nasional yang diambil di sempadan EU dan tempat kemasukan untuk memelihara kesihatan awam...boleh dipertingkatkan lagi" dengan mengukuhkan koordinasi antara negara EU dengan Setiausaha EU, menurut draf yang dilakarkan.

Ahli EU mesti "melakukan sesuatu bersama" sejajar dengan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), khususnya "pengawasan, penilaian risiko, pengurusan risiko dan tindak balas" terhadap virus merbahaya itu, tambah draf tersebut. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg