Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Hong Kong temui virus dalam sampel anjing peliharaan pesakit

Feb 28, 2020 | 10:29 AM
Dua lelaki memakai pelitup berdekatan tugu Golden Bauhinia di Hong Kong. - Foto EPA-EFE
Dua lelaki memakai pelitup berdekatan tugu Golden Bauhinia di Hong Kong. - Foto EPA-EFE -

HONG KONG: Pihak berkuasa Hong Kong berkata pada Jumaat (28 Februari) bahawa mereka telah kuarantin haiwan peliharaan, anjing milik seorang pesakit koronavirus, selepas sampel hidung dan mulut haiwan itu diuji "positif tahap lemah" bagi virus itu.

Namun, mereka belum lagi mempunyai bukti bahawa virus itu dapat merebak kepada haiwan peliharaan.

Anjing itu tidak menunjukkan sebarang simptom.

Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan (AFCD) berkata ia akan menjalankan ujian lanjut untuk mengesahkan apakah anjing itu telah dijangkiti virus atau sampel tersebut hanya merupakan keputusan akibat pencemaran sekitaran.

"Buat masa ini, AFCD tidak mempunyai bukti bahawa haiwan peliharaan boleh dijangkiti...atau ia menjadi sumber jangkitan kepada manusia," katanya dalam satu kenyataan.

Hong Kong telah melaporkan 93 kes sah jangkitan pada manusia dan dua kematian akibat virus itu. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg