Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Indonesia halang masuk 118 warga asing, termasuk dua dari S'pura

Feb 24, 2020 | 10:43 AM



 



JAKARTA: Indonesia telah menghalang seramai 118 warga asing daripada memasuki negaranya, termasuk dua orang dari Singapura sedang ia melaksanakan langkah berjaga-jaga untuk menyekat penularan koronavirus.


Seorang jurucakap pejabat imigresen Indonesia, Encik Arvin Gumilang berkata langkah itu berkuat kuasa sejak 5 Februari hingga 23 Februari di semua gerbang imigresen yang terletak di serata negara, lapor The Straits Times.


"Antara sebab mereka dihalang adalah kerana mereka telah tinggal atau transit di China dalam 14 hari sebelum ini," kata Encik Arvin.


Sebelum ini, Kementerian Ehwal Luar Indonesia telah mempertingkatkan taraf amaran perjalanan ke Singapura kepada taraf kuning, yang bermakna, pelancong Indonesia harus berwaspada dan mengambil langkah tambahan jika mereka melawat negara itu.



 



Amaran itu dimaklumkan sehari selepas Singapura mempertingkatkan taraf Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) kepada kod jingga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >