Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Dunia

Koronavirus: Indonesia isytihar darurat

Mar 20, 2020 | 09:31 PM

JAKARTA: Gabenor Jakarta pada Jumaat (20 Mac) mengisytiharkan keadaan darurat selama dua minggu akan datang di ibu kota Indonesia itu, yang merupakan pusat wabak koronavirus negara tersebut.

Gabenor Anies Baswedan juga bekata hiburan awam seperti bar, spa dan pawagam akan ditutup mulai Isnin dan pengangkutan awam dihadkan.

Beliau menggesa syarikat agar membenarkan kakitangan bekerja dari rumah.

"Pasukan perubatan kami di seluruh Jakarta berhadapan dengan bilangan orang yang ramai. Keupayaan tindak balas kami mempunyai had kerana bilangan hospital dan kakitangan tidak sejajar dengan peningkatan kes," katanya.

Sehingga Jumaat, Indonesia mempunyai 369 kes yang disahkan dan 32 kematian, menurut seorang pegawai kementerian kesihatan.

Jakarta, sebuah bandar yang mempunyai 10 juta penduduk, mempunyai 215 jangkitan yang disahkan dan 18 kematian.

Encik Anies berkata beliau akan memberi sokongan kepada orang yang bergantung pada gaji harian.
Jakarta telah menggantung kegiatan keagamaan, seperti solat Jumaat, selama dua minggu. - Reuters.