Koronavirus: Indonesia kurangi kos syarikat penerbangan, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Koronavirus

Koronavirus: Indonesia kurangi kos syarikat penerbangan

Feb 13, 2020 | 05:11 PM

JAKARTA - Pemerintah Indonesia telah mengambil langkah menyokong industri penerbangan dan pelancongan supaya kesan penularan koronavirus ke atas syarikat penerbangan dapat dikurangkan. 

Antara langkah yang diambil pemerintah negara itu adalah dengan mengurangkan kos pendaratan pesawat dan yuran lapangan terbang bagi syarikat penerbangan, 
kata Menteri Pengangkutan, Encik Budi Karya Samadi dalam satu kenyataan pada Khamis (Feb 13).

Juga bakal dilaksana ialah tawaran insentif kepada hotel dan rakan niaga di kawasan yang sering dikunjungi pelancong China seperti Bali, Manado dan kepulauan Riau.

Kementerian Pengangkutan Indonesia menjangka bilangan penumpang pesawat merosot sebanyak 30 peratus ekoran penularan koronavirus.

Pemerintah Indonesia telah menghentikan kesemua penerbangan ke China sejak awal Februari bagi mencegah jangkitan virus berkenaan. - Agensi Berita.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map