Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Indonesia tangkap enam orang kerana sebar maklumat palsu tentang koronavirus

Mar 10, 2020 | 06:14 PM



JAKARTA: Enam warga Indonesia telah ditangkap kerana didakwa menyebar maklumat palsu mengenai koronavirus di dalam talian, kata pihak polis pada Selasa (10 Mac), sedang jumlah jangkitan meningkat di sana.



Seorang wanita di bandar kedua terbesar Indonesia, Surabaya, telah ditahan pada Isnin kerana menyebarkan dakwaan tidak tepat di Facebook bahawa seorang pesakit koronavirus sedang dirawat di bandar itu, kata pihak polis.



Lima orang lain juga telah ditangkap kerana menyebarkan maklumat palsu di media sosial, termasuk membuat dakwaan seorang wanita Muslim yang ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah telah mati secara mendadak akibat virus itu di lapangan terbang antarabangsa Jakarta.



Kesemua enam suspek dituduh melanggar undang-undang melarang penyebaran maklumat palsu, dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam tahun. 



“Ia seharusnya menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak menyebarkan berita palsu mengenai koronavirus di Indonesia,” kata pegawai kanan Kementerian Perhubungan Semuel Abrijani Pangerapan. 



Pada Isnin, Indonesia melaporkan 19 kes koronavirus baru, menambah kepada enam kes yang dikesan sebelum itu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >