Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Iran catat satu kematian setiap 10 minit pada Khamis

Mar 20, 2020 | 06:42 PM



TEHERAN: Iran pada Khamis (19 Mac) mengumumkan 149 kematian baru dalam masa 24 jam akibat koronavirus Covid-19 sedang seruan meningkat agar pemerintah mengambil tindakan lebih ketat terhadap penyakit itu.



Iran sejauh ini mencatat 1,284 kematian akibat Covid-19, menjadikannya antara negara paling teruk terjejas oleh wabak itu.


Bagaimanapun Timbalan Menteri Kesihatan Alireza Raisi berkata bilangan kes baru harian telah berkurangan. 


Sejumlah 18,407 orang telah dijangkiti virus itu di Iran, dengan 1,046 kes baru disahkan dalam tempoh 24 jam lalu, katanya.



Tetapi jurucakap kementerian kesihatan Kianoush Jahanpour berkata di Twitter kadar jangkitan baru telah meningkat ke 50 kes sejam dan "satu (pesakit) meninggal dunia setiap 10 minit".


Tetapi "di 11 wilayah" daripada 31 wilayah, "bilangan jangkitan telah berkurangan kerana orang ramai mengikuti garis panduan kami", kata Encik Raisi, mengulangi gesaan agar penduduk Iran tidak keluar rumah. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >