Koronavirus: Isteri Perdana Menteri Canada Justin Trudeau dijangkiti
OTTAWA: Isteri Perdana Menteri Canada Justin Trudeau telah disahkan dijangkiti koronavirus baru, kata pejabat Encik Trudeau pada Khamis (12 Mac).
"Sophie Gregoire Trudeau diuji untuk Covid-19 hari ini. Ujian itu positif," kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan.
Encik Trudeau buat masa ini tidak menunjukkan apa-apa gejala koronavirus tetapi akan diasingkan selama 14 hari. - AFP, Reuters.