Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Dunia0

Koronavirus: Jepun batalkan perayaan umum bagi ulang tahun maharaja ekoran koronavirus

Feb 17, 2020 | 07:54 PM

TOKYO - Jepun akan membatalkan  satu perhimpunan awam untuk menyambut ulang tahun maharaja barunya, Maharaja Naruhito setelah kekhuatiran mengenai penularan koronavirus memuncak. 

"Berdasarkan beberapa keadaan, kami telah membatalkan lawatan orang awam ke istana untuk perayaan ulang tahun maharaja," kata agensi kerabat diraja dalam satu kenyataan sehari selepas pemerintah memberi amaran kepada warganya supaya mengelak dari kawasan orang ramai dan "perhimpunan yang tidak genting."

"Kehadiran maharaja pada waktu pagi serta acara tandatangan buku ucapan juga akan dibatalkan."

Sejauh ini, seramai 60 orang di Jepun disahkan menghidapi koronavirus. Berdasarkan itu, Menteri Kesihatan negara tersebut, Encik Katsunobu Kato telah mengeluarkan amaran pada Ahad (16 Feb) bahawa negara itu kini sedang "memasuki fasa baru" wabak virus berkenaan. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian