Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Jumlah kematian AS cecah 11, jangkitan baru di New York, Los Angeles, California isytihar keadaan cemas

Mar 05, 2020 | 11:48 AM



LOS ANGELES/NEW YORK: Dua orang lagi telah meninggal dunia akibat jangkitan koronavirus di Amerika Syarikat (AS), menyebabkan jumlah kematian di negara itu meningkat kepada 11 sementara dua bandarnya, New York dan Los Angeles melaporkan kes jangkitan baru pada Rabu (5 Mac).



Kematian baru itu yang dilaporkan di California oleh pegawai kesihatan melibatkan seorang warga emas yang juga mempunyai masalah kesihatan lain. Ini merupakan kematian pertama yang dilaporkan di luar Washington di mana 10 orang telah meninggal dunia akibat virus itu.



Menurut jabatan kesihatan awam Placer County, pesakit itu disahkan positif pada Selasa ketika diperiksa di satu makmal di California dan besar kemungkinan beliau dijangkiti pada 11 hingga 21 Februari  sewaktu menumpang kapal Pesiaran Princess dari Mexico ke San Francisco.



Gabenor California, Encik Gavin Newsom pada Rabu juga telah mengisytiharkan keadaan kecemasan bagi negeri itu, yang kini mempunyai 53 kes secara keseluruhan.



Selain California, jumlah kes telah meningkatk kepada 10 di New York pada Rabu dan di Los Angeles, ia telah melaporkan enam kes baru yang berkaitan dengan sejarah perjalanan pesakit termasuk tiga orang yang telah melawati Italy Utara, antara tempat yang dilanda teruk wabak virus Covid-19 - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >