Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Jumlah kes di China stabil, tetapi masih perlu waspada, kata WHO

Feb 13, 2020 | 07:37 AM



GENEVA: Jumlah kes jangkitan koronavirus baru di China telah stabil, tetapi sikap berwaspada masih diperlukan, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu (12 Februari).



"Wabak ini masih boleh menuju ke mana-mana arah," kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam satu taklimat di Geneva.



Di akhir pertemuan dua hari mengenai sains dan inovasi untuk menangani wabak virus baru, Dr Tedros menyambut baik "respons positif masyarakat penyelidikan" yang dalam jangka masa singkat telah “menghasilkan rancangan konkrit dan komitmen untuk bekerjasama" .



Beliau menambah bahawa pasukan pendahuluan WHO yang melawat China pada awal minggu ini telah mencapai "kemajuan yang baik" dalam tugas mereka.



China melaporkan pada hari Rabu jumlah kes koronavirus baru terendah dalam tempoh dua minggu.



Ketua program kecemasan WHO, Dr Mike Ryan, juga mengatakan penstabilan perangkaan kes baru di China itu mententeramkan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >