Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Kapal pesiaran dihalang Jamaica, Cayman atas kekhuatiran koronavirus berlabuh di Mexico

Feb 27, 2020 | 9:40 PM
SC Meraviglia tiba di Cozumel lewat Rabu (26 Februari) setelah menerima kebenaran daripada penguasa kesihatan tempatan.
SC Meraviglia tiba di Cozumel lewat Rabu (26 Februari) setelah menerima kebenaran daripada penguasa kesihatan tempatan. - Reuters

COZUMEL, MEXICO: Sebuah kapal pesiaran yang membawa 6,000 orang yang dilarang berlabuh di Jamaica dan Kepulauan Cayman selepas seorang anak kapal diuji positif bagi selesema telah berlabuh di Mexico, kata syarikat itu. MSC Meraviglia tiba di Cozumel lewat Rabu (26 Februari) setelah menerima kebenaran daripada penguasa kesihatan tempatan, kata MSC Cruises dalam satu kenyataan. Kepulauan Cayman dan Jamaica enggan membenarkan kapal itu berlabuh kerana khuatir akan koronavirus baru tersebut. Seorang anak kapal telah disahkan positif bagi selesema musiman. Firma pesiaran itu berkata ia "sangat kecewa" yang pihak berkuasa Jamaica melambatkan keputusan untuk memberi kapal itu kelulusan walaupun telah diberikan rekod perubatan. Ia berkata pihak berkuasa Grand Cayman juga telah menyuruh kapal tersebut pergi "tanpa menyemak rekod perubatan kapal itu". "Dalam kedua-dua keadaan, kapal itu disuruh pregi hanya berdasarkan ketakutan," kata MSC. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg