BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Encik Prayut Chan-o-cha, mengumumkan hari ini keadaan kecemasan di negara itu akan dilanjutkan hingga 31 Mei ini walaupun jumlah kes koronavirus telah merosot sejak beberapa minggu lalu.
"Lanjutan ini adalah mustahak. Banyak perintah yang melibatkan sekatan pergerakan akan tetap berterusan sedang sekatan lain dilonggarkan," kata Encik Prayut sambil merujuk kepada langkah sekatan pergerakan sedia ada di negara itu, lapor The Staits Times (ST).
"Saya tidak ingin kami berbalik kepada keadaan asal sekiranya beberapa langkah dilonggarkan dan lebih banyak jangkitan dilaporkan," katanya lagi.
Titah kecemasan itu yang diutuskan pada 26 Mac dan sepatutnya berakhir pada 30 April telah memberi kuasa penuh kepada kerajaan bagi memerintah sekatan pergerakan termasuk perintah berkurung pada waktu malam untuk menyekat penularan koronavirus.
Perintah berkurung dari 10 malam hingga empat pagi dan sekatan perjalanan masuk ke negara itu juga akan terus berkuat kuasa.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg