Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Kematian akibat Covid-19 di Indonesia naik ke 19, bilangan tertinggi di Asia Tenggara

Mar 18, 2020 | 07:59 PM



JAKARTA: Indonesia pada Rabu (18 Mac) melaporkan 14 lagi kematian akibat koronavirus, menjadikannya negara dengan bilangan korban tertinggi di Asia Tenggara.


Jumlah kematian kini 19, di depan Filipina yang mencatatkan 14 kematian sejauh ini, lapor The Straits Times.


Peningkatan dalam bilangan kematian adalah kerana hospital tidak melaporkan kematian dari 12 hingga 17 Mac, kata jurucakap pemerintah bagi pengurusan Covid-19, Encik Achmad Yurianto.


Ibu kota Jakarta mencatat bilangan tertinggi dengan 12 kematian, manakala Jawa Tengah melaporkan dua kematian.


Lima lagi wilayah - Bali, Banten, Jawa Barat, Jawa Timur dan Sumatera Utara - masing-masing mencatatkan satu kematian, katanya.


Jumlah kes yang disahkan juga meningkat ke 227 dengan 55 kes baru, kenaikan sehari  yang paling tinggi bagi jangkitan baru sejak negara itu mengumumkan dua kes pertamanya pada 2 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >