Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Korban di China cecah 722, lebihi korban Sars

Feb 8, 2020 | 9:12 AM
MASIH MENULAR: Sebuah ambulans kelihatan di jalan raya Beijing pada 7 Februari lalu. Jumlah kes jangkitan koronavirus baru di China kini mencecah 31,774.
MASIH MENULAR: Sebuah ambulans kelihatan di jalan raya Beijing pada 7 Februari lalu. Jumlah kes jangkitan koronavirus baru di China kini mencecah 31,774. - Foto: EPA-EFE

WUHAN: Jumlah kematian akibat koronavirus baru di China melonjak kepada 722 pada Sabtu (8 Februari) selepas wilayah Hubei yang paling teruk terjejas melaporkan 81 kematian baru.

Angka itu kini lebih tinggi daripada virus Sars, yang menyebabkan hampir 650 orang mati di China dan Hong Kong pada tahun 2002 hingga 2003.

Di seluruh China, terdapat 3,399 jangkitan baru yang disahkan pada hari Jumaat (7 Feb), menjadikan jumlah keseluruhan kes sejauh ini kepada 31,774.

Dalam laporan hariannya, suruhanjaya kesihatan Hubei juga mengesahkan lagi 2,841 kes baru di wilayah tengah China itu, tempat wabak tersebut mula menular pada bulan Disember, membawa jumlah kes di wilayah itu kepada 24,953. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg