Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Korban di China terus naik, kini cecah 490

Feb 5, 2020 | 7:36 AM
PERIKSA PARU-PARU: Seorang doktor melihat imej CT paru-paru semasa mengunjungi zon kuarantin di Wuhan.
PERIKSA PARU-PARU: Seorang doktor melihat imej CT paru-paru semasa mengunjungi zon kuarantin di Wuhan. - AFP

BEIJING: Korban daripada wabak koronavirus di China telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 490 orang, selepas pihak berkuasa di wilayah Hubei melaporkan sebanyak 65 kematian baru pada Rabu (5 Februari).

Perangkaan daripada suruhanjaya kesihatan di Hubei, yang paling teruk terjejas oleh virus itu, juga menunjukkan lonjakan dalam jangkitan yang disahkan dengan 3,156 kes baru, menjadikan jumlah di wilayah itu kepada 16,678 kes.

Jumlah kematian di wilayah itu kini mencecah 479.

Jumlah kes di peringkat nasional pula mencapai lebih 23,500, berdasarkan angka yang sebelum ini dikeluarkan oleh pemerintah pusat.

Di Wuhan, bandar di mana virus itu mula menular, seramai 362 orang kini telah meninggal dunia akibat virus tersebut. - AFP, Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg