Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Korea Selatan hantar pesawat presiden bawa pulang warga dari kapal persiaran Diamond Princess

Feb 18, 2020 | 05:08 PM



SEOUL: Pesawat Angkatan Udara VCN-235 telah dikerah membawa pulang warga Korea Selatan yang berada dalam kapal pesiaran Diamond Princess yang kini berlabuh di pelabuhan Yokohama, Jepun.



Seramai lima orang dijangka dibawa pulang tetapi jumlah tersebut mungkin berubah bergantung pada keadaan, kata pegawai pemerintah.



Terdapat 14 warga negara itu di atas kapal tersebut - sembilan penumpang dan lima anak kapal, dan kesemuanya dilaporkan tidak dijangkiti Covid-19.



Mereka terkandas di dalam kapal persiaran itu sejak 3 Februari lalu setelah seorang penumpang disahkan menghidap virus itu.



Sekembalinya mereka dari Jepun, mereka akan dihantarkan ke kemudahan kuarantin di Lapangan Terbang Incheon dan harus berada di sana selama 14 hari.



Pemerintah Korea Selatan telah memutuskan untuk menggunakan pesawat presiden yang mempunyai 19 tempat duduk itu disebabkan jumlah kecil mereka yang akan dibawa pulang serta kos untuk melakukan demikian. - THE KOREA HERALD/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >