Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Korea Selatan lapor 161 kes baru, jumlah kini lebih 760

Feb 24, 2020 | 12:14 PM



SEOUL - Korea Selatan melaporkan 161 kes baru jangkitan koronavirus, meningkatkan jumlah keseluruhan di serata negara itu kepada 763, kata pihak kesihatannya pada Isnin (24 Februari) sehari selepas pemerintah Korea Selatan menaikkan amaran penyakit berjangkitnya ke taraf paling tinggi.



Antara kes baru itu, seramai 115 pesakit mempunyai hubungan dengan satu gereja di kota Daegu, di mana seorang wanita berusia 61 tahun yang digelar "Pesakit 31," disahkan menghidap virus tersebut selepas menghadiri beberapa acara di gereja itu, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).



KCDC juga melaporkan kematian ketujuh di Korea Selatan ekoran virus itu. 



Mangsa ketujuh itu merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun di satu hospital yang terletak di Cheongdo, satu daerah yang menyaksikan kes jangkitan yang meningkat mendadak seperti yang dilihat di Daegu baru-baru ini. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >