Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Korea Selatan lapor lebih ramai pesakit pulih disahkan positif semula

Apr 13, 2020 | 8:37 PM
KEMBALI POSITIF: Beberapa pesakit yang disahkan positif menghidap virus Covid-19 namun telah pulih pada awalnya telah melahirkan kebimbangan di Korea Selatan. FOTO: EPA-EFE.
KEMBALI POSITIF: Beberapa pesakit yang disahkan positif menghidap virus Covid-19 namun telah pulih pada awalnya telah melahirkan kebimbangan di Korea Selatan. FOTO: EPA-EFE. -

SEOUL: Korea Selatan telah melaporkan sekurang-kurangnya 116 orang yang pada awalnya telah pulih daripada penyakit koronavirus disahkan kembali positif pada Isnin (13 April).

Secara keseluruhan, Korea Selatan telah melaporkan 25 kes baru hari ini namun peningkatan jumlah kes yang 'diaktifkan' kembali telah melahirkan keprihatinan sedang negara itu cuba mengurangkan kadar jangkitan bagi menyekat wabak Covid-19.

Para pegawai kini sedang menyiasat punca pesakit yang berbalik kepada keadaan menghidap virus berkenaan.

Namun, Dr Jeong Eun-kyeong, pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak Korea (KCDC) berkata, ia berkemungkinan virus itu kembali aktif berbanding pesakit itu dijangkiti lagi.

Beberapa pakar lain berkata, ujian yang tidak tepat merupakan antara puncanya atau kemungkinan virus itu masih berada di dalam sistem para pesakit tetapi tidak lagi berupaya menjangkiti orang lain.

Sebanyak 116 kes serupa menimbulkan kebimbangan kerana ia melebihi dua kali ganda berbanding 51 yang dilaporkan di Korea Selatan satu minggu lalu. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg