Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Korea Selatan tetapkan dua bandar sebagai “zon jagaan khas” sedang jumlah kes meningkat

Feb 21, 2020 | 03:25 PM



SEOUL: Pegawai Korea Selatan menetapkan dua bandar sebagai “zon jagaan khas” pada Jumaat (21 Februari) sementara tenteranya pula mengurung askar mereka di pangkalan tentera dalam usaha terdesak untuk mengekang penularan koronavirus menyusuli kenaikan dalam jumlah kes jangkitan.



Korea Selatan melaporkan 52 kes koronavirus disahkan baru, yang bermakna jumlah kes keseluruhan kini ialah 156 dan menjadikan negara itu yang paling teruk terjejas di luar China.



Sebanyak 39 kes baru itu mempunyai kaitan dengan gereja Shincheonji Church of Jesus di bandar selatan Daegu, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea.



Lebih 80 anggota gereja Shincheonji kini dijangkiti, bermula dengan seorang wanita berusia 61 tahun yang mengalami demam pada 10 Februari tetapi telah menghadiri sekurang-kurangnya empat perkhidmatan gereja sebelum didiagnos.



Daripada jumlah kes keseluruhan di negara itu, 111 pesakit berasal dari Daegu atau kawasan berdekatan.



Pusat beli-belah, restoran dan jalanan di bandar itu - yang keempat terbesar di negara itu dengan seramai 2.5 juta penduduk - lengang sedang mayornya menyebutkan penularan itu sebagai “krisis yang tidak pernah berlaku”.



Sehingga hari ini, lebih 400 ahli gereja itu menunjukkan simptom jangkitan meskipun ujian sedang dijalankan, kata Mayor Daegu Kwon Young-jin  dalam satu taklimat.



Pemerintah negara itu akan menetapkan Daegu dan wilayah Cheongdo sebagai “zon jagaan khas”, kata Perdana Menteri Chung Sye-kyun dalam satu mesyuarat bersama pegawai pemerintah kanan di Seoul pada Jumaat.



“Adalah amat penting untuk mencari mereka yang berhubungan dekat dengan orang yang dijangkiti dan merawat orang yang dijangkiti secepat mungkin,” kata Encik Chung.



“Kami akan secara proaktif menyediakan bantuan yang perlu, termasuk katil, kakitangan dan peralatan,” tambahnya.



Pemerintah itu juga merancang menghantar kakitangan perubatan tentera dan menyediakan kemudahan pengasingan sementara, kata beliau. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >