Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Lelaki lebih terjejas dengan jangkitan berbanding wanita, kata saintis

Feb 21, 2020 | 10:42 AM



NEW YORK: Koronavirus yang bermula di China telah membuat ramai rasa takut dan bimbang di dunia.



Namun, sementara virus itu sebahagian besarnya tidak begitu menjejas kumpulan yang mudah terdedah kepada bahaya - kanak-kanak- ia kelihatan seperti menimbulkan ancaman terhadap golongan pertengahan usia dan orang dewasa lanjut usia, terutamanya lelaki.



Minggu ini, Pusat bagi Kawalan dan Pencengahan Penyakit China menerbitkan analisis terbesar mengenai kes koronavirus itu sejauh ini.



Meskipun jumlah lelaki dan wanita yang telah dijangkiti virus itu agak sama rata, para penyelidik mendapati bahawa kadar kematian dalam kalangan lelaki ialah 2.8 peratus berbanding 1.7 peratus dalam kalangan wanita.



Lelaki juga lebih terjejas dengan Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers), yang disebabkan koronavirus.



Lebih ramai wanita dijangkiti Sars di Hong Kong pada 2003, namun kadar kematian dalamkalangan lelaki ialah 50 peratus lebih tinggi, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Catatan Perubatan Dalaman.



Sekitar 32 peratus lelaki yang dijangkiti Mers meninggal dunia berbanding 25.8 peratus wanita.



Lelaki dewasa muda juga meninggal dunia pada kadar yang lebih tinggi berbanding wanita semasa wabak influenza 1918.



Beberapa faktor mungkin menjejas kaum lelaki dalam wabak semasa ini, kata para saintis, termasuk yang bersifat biologi dan yang lain pula disebabkan gaya hidup.



Apabila ia berkenaan meningkatkan respons imun terhadap jangkitan, lelaki merupakan jantina yang lebih lemah.



“Ini satu corak yang kami telah lihat dalam banyak jangkitan virus berkenaan saluran pernafasan - lelaki boleh menunjukkan kesan yang lebih teruk,” kata Dr Sabra Klein, seorang saintis yang mengkaji perbezaan jantina dalam jangkitan virus dan respons vaksinasi di Sekolah Kesihatan Awam Johns Hopkins Bloomberg. - NYTIMES.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >