Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Malaysia hantar pesawat kedua pindahkan 75 rakyat dari Wuhan

Feb 21, 2020 | 03:11 PM



PUTRAJAYA: Malaysia akan menghantar satu lagi pesawat ke Wuhan untuk memindahkan rakyatnya dari bandar itu di China pada 25 Februari.



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata sekitar 75 rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka akan dibawa pulang dengan menaiki pesawat AirAsia khas.



“Kementerian Ehwal Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang mengaturkan penerbangan AirAsia ini untuk memindahkan 75 rakyat itu dari Wuhan dan penerbangan itu dijadualkan pada 25 Februari,” kata Dr Wan Azizah.



Penerbangan pemindahan kedua ini, tambah beliau, akan diuruskan serupa dengan misi yang pertama pada 4 Februari.



“Sejurus mereka mendarat di KLIA, penumpang akan dibawa ke bangunan Unit Bencana Udara di mana mereka akan melalui pemeriksaan kesihatan.



“Selepas itu, mereka akan dihantar ke Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi di Negeri Sembilan untuk dikuarantin selama 14 hari,” kata Dr Wan Azizah dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa peringkat tinggi mengenai Covid-19. - The Star, Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >