Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Malaysia jejak 10,500 jemaah himpunan agama; 4,000 belum lapor diri

Mar 19, 2020 | 03:21 PM



PUTRAJAYA: Malaysia telah menjejak 10,500 orang Islam yang menghadiri perhimpunan agama besar-besaran di sebuah masjid di Kuala Lumpur baru-baru ini yang menjadi sumber bagi dua pertiga daripada kes koronavirus di negara itu.



Bagaimanapun, 4,000 hadirin masih belum tampil menjalani ujian.



Polis akan menjejaki 4,000 orang ini kerana terdapat kebimbangan bahawa mereka yang pergi ke perhimpunan tersebut  mungkin telah menjangkiti virus itu, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.



Perhimpunan tabligh itu diadakan selama empat hari antara 27 Februari dengan 1 Mac di Masjid Jamek Sri Petaling, yang melibatkan 16,000 orang - 14,500 rakyat Malaysia dan 1,500 warga asing.



Beberapa jemaah yang pulang ke negara asal mereka di Singapura, Brunei, Kemboja dan Vietnam telah diuji positif Covid-19.



"Walaupun polis berkata mereka akan melakukan ini, saya berharap mereka yang pergi ke acara itu secara sukarela menjalani ujian," kata Datuk Seri Ismail di satu sidang akhbar pada Khamis (19 Mac), seperti yang dipetik laman The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >