Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Malaysia lapor 7 kes baru, jumlah kes kini 36

Mar 03, 2020 | 07:58 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat tujuh kes koronavirus baru, kenaikan bilangan kes paling tinggi dalam satu hari, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Selasa (3 Mac).


"Terdapat tujuh kes baru yang dilaporkan di Malaysia hari ini, 3 Mac. Oleh itu, terdapat 36 kes yang dicatatkan setakat ini.


"Daripada jumlah ini, 22 kes (61.1 peratus) telah pulih," kata PMO dalam satu kenyataan, menurut The Straits Times.


Ia menambah 14 pesakit masih dirawat di Hospital Sungai Buloh di pinggir ibu kota, dan di Hospital Kuala Lumpur.


Kenyataan itu berkata semua kes yang sedang dirawat berada dalam keadaan stabil.


Malaysia mengesan pesakit koronavirus pertamanya pada 25 Januari, terdiri daripada empat pelancong China yang masuk ke negara itu melalui Johor Bahru dari Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >