KUALA LUMPUR - Penguasa kesihatan Malaysia mengesahkan kes jangkitan koronavirus baru pada Khamis (13 Feb) yang melibatkan seorang wanita dari China, meningkatkan jumlah kes setempat kepada 19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa wanita 39 tahun itu telah tiba ke Malaysia dari Wuhan, China pada 25 Januari.
Jangkitan baru itu dipercayai mempunyai hubungan dengan lagi dua pesakit yang juga telah ke Wuhan dan kini sedang dirawat di wad pengasingan, Hospital Kuala Lumpur, lapor The Straits Times (ST).
Beliau kemudian diasingkan dalam rumah di mana pengawasan dan pemantauan kesihatannya dilaksanakan.
"Wanita itu telah tiba ke Malaysia dari China pada 25 Januari bersama 4 lagi wanita. Semasa sedang di bawah pengawasan, beliau mula menunjukkan kesan jangkitan seperti batuk dan demam pada 12 Februari," kata Dr Hisham dalam satu kenyataan.