Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: M'sia heret mereka yang langgar perintah kawalan pergerakan ke mahkamah

Mar 29, 2020 | 4:13 PM
Gambar diambil pada 25 Mac, 2020,menunjukkan seorang pegawai polis memeriksa dokumen perjalanan di Kuala Lumpur.
Gambar diambil pada 25 Mac, 2020,menunjukkan seorang pegawai polis memeriksa dokumen perjalanan di Kuala Lumpur. - AFP

BUKIT MERTAJAM - Pihak berkuasa Malaysia di Pulau Pinang telah mengheret ke mahkamah 69 orang yang ditangkap kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (MCO) kerajaan persekutuan pada Ahad (29 Mac).

Mereka yang ditangkap di daerah Seberang Prai Tengah telah dibawa ke mahkamah majistret untuk ditahan reman.

Mereka yang melanggar perintah itu boleh dikenakan denda RM1,000 ($330) atau menghadapi hukuman penjara sehingga enam bulan, berdasarkan Akta Penyakit Berjangkit.

Tetapi pihak berkuasa juga boleh mengenakan tindakan undang-undang lain yang membawa hukuman lebih berat. THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg