Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: M'sia lapor 16 kes baru, paling rendah sejak sekatan pergerakan bermula

May 12, 2020 | 9:08 PM
Keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia setakat ini adalah 6,742 kes. - Foro EPA-EFE
Keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia setakat ini adalah 6,742 kes. - Foro EPA-EFE -

PUTRAJAYA: Lagi 16 kes Covid-19 dilapor di Malaysia sehingga 12 tengah hari pada Selasa (12 Mei), bilangan kes paling rendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia 6,742 kes.

Menurut beliau, daripada jumlah kes positif baru itu, sembilan kes melibatkan warga asing.

"Daripada 16 kes baru yang dilaporkan hari ini, terdapat tiga kes import dilaporkan dengan 13 kes penularan tempatan," katanya pada sidang media harian bagi memberikan perkembangan Covid-19.

Dalam pada itu, beliau berkata tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatat hari ini, menjadikan angka korban kekal 109. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg