Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Mesyuarat perniagaan di S'pura dikaitkan dengan kes Msia, Korea Selatan

Feb 5, 2020 | 3:25 PM
TEMPAT MESYUARAT: Kementerian Kesihatan Singapura pada Selasa berkata mesyuarat melibatkan rakyat Malaysia yang dijangkiti itu berlaku di Grand Hyatt Hotel.
TEMPAT MESYUARAT: Kementerian Kesihatan Singapura pada Selasa berkata mesyuarat melibatkan rakyat Malaysia yang dijangkiti itu berlaku di Grand Hyatt Hotel. - FOTO FAIL

SEOUL/SINGAPURA: Satu mesyuarat perniagaan antarabangsa di sebuah hotel mewah Singapura telah dikaitkan dengan kes koronavirus yang merebak di rantau ini, satu petanda membimbangkan jangkitan koronavirus itu mungkin kian meluas.

Malaysia pada Selasa (4 Februari) berkata warga pertamanya yang dijangkiti virus itu - seorang lelaki berusia 41 tahun - telah menghadiri mesyuarat di Singapura pada pertengahan Januari yang telah dihadiri rombongan antarabangsa, termasuk dari China.

Seorang warga Korea Selatan berusia 38 tahun yang berinteraksi dengan warga Malaysia di mesyuarat sama itu, juga telah dijangkiti, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) pada Rabu (5 Feb).

Lelaki Korea Selatan itu telah makan bersama lelaki Malaysia tersebut, serta beberapa warga Korea Selatan yang lain, semasa persidangan tersebut, lapor akhbar Joongang Ilbo di Korea Selatan.

Kementerian Kesihatan Singapura pada Selasa berkata mesyuarat yang melibatkan rakyat Malaysia itu berlaku di Grand Hyatt Hotel, sambil menambah negara itu sedang berusaha mengenal pasti individu yang telah berinteraksi rapat dengan kes-kes tersebut. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg