Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: M'sia denda orang pertama halang polis kuat kuasa kawalan pergerakan

Mar 23, 2020 | 5:22 PM
ASKAR DIKERAH: Beberapa askar Angkatan Tentera Malaysia dilihat sedang keluar dari balai polis sebelum dikerah ke beberapa sekatan jalan raya di Kuala Lumpur pada 22 Mac 2020. FOTO:AFP.
ASKAR DIKERAH: Beberapa askar Angkatan Tentera Malaysia dilihat sedang keluar dari balai polis sebelum dikerah ke beberapa sekatan jalan raya di Kuala Lumpur pada 22 Mac 2020. FOTO:AFP. -

SUNGAI SIPUT: Seorang mekanik telah menjadi orang pertama yang didenda berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac di Malaysia.

Dia telah menghalang seorang penjawat awam daripada melaksanakan tugas penguatkuasaaan RMO selama 14 hari itu.

S. Punniamurthy, 33 tahun, mengaku bersalah terhadap dakwaan di Mahkamah Majistret pada Isnin (23 Mac) yang dibacakan oleh Majistret Cik Norhabsarina Ayob.

Dia didenda RM5,000 ($1,640) bagi menggantikan hukuman penjara selama 10 bulan, bagi kesalahan tersebut. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg