Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: M'sia lapor satu lagi kematian; kes berkait perhimpunan tabligh

Mar 20, 2020 | 09:27 PM



MALAYSIA: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan satu lagi kematian akibat Covid-19 hari ini (20 Mac), menurut laporan laman web Harian Metro. 



Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian itu membabitkan kes ke-152 yang disahkan meninggal dunia pada 6.27 petang tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 setakat ini tiga kes.



Katanya, kes ke-152 ini membabitkan lelaki warga Malaysia berusia 58 tahun daripada kelompok jemaah tabligh yang berhimpun di Seri Petaling, Kuala Lumpur.



“Beliau (mangsa) telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom jangkitan pernafasan yang teruk. 



“Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.



“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada 6.27 petang,” kata beliau dalam posnya di Facebook hari ini sambil mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >