WELLINGTON: New Zealand akan memanjangkan sekatan pergerakannya untuk menyekat penularan koronavirus selama seminggu lagi dan kemudian, ia akan beralih ke tahap yang menyaksikan peraturan yang lebih kurang, kata Perdana Menteri negara itu Cik Jacinda Adern pada Isnin (20 April).
"New Zealand akan beralih dari sekatan pergerakan Tahap Amaran 4 pada Isnin 11.59 malam, 27 April, iaitu seminggu dari sekarang," kata Cik Ardern sewaktu sedang media.
"Selepas itu, kita akan bertahan dalam Tahap Amaran 3 selama dua minggu sebelum kami menyemak semula jejak kami dan sebelum kami membuat cadangan selanjutnya sewaktu Kabinet pada 11 Mei nanti," tambah beliau.
New Zealand, yang mempunyai jumlah penduduk seramai 5 juta orang itu melaksanakan tahap sekatan pergerakan yang tinggi di peringkat 4 pada lewat Mac lalu hingga semua pejabat, sekolah dan perkhidmatan bukan penting termasuk bar, restoran, kafe dan taman permainan diperintah untuk tutup. - Reuters.