Koronavirus: Orang ketiga positif di Britain; warga telah lawat S'pura, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Koronavirus: Orang ketiga positif di Britain; warga telah lawat S'pura

Feb 07, 2020 | 10:03 AM

LONDON: Orang ketiga di Britain untuk menguji positif bagi koronavirus baru telah memasuki Britain dari Singapura, sekali gus mengundang respons lebih luas daripada pemerintah terhadap wabak itu.

Guardian melaporkan, kes baru itu, seorang lelaki pertengahan umur, ialah warga Britain pertama yang dijangkiti virus yang mula menular di Wuhan, China itu.

Beliau dilaporkan telah diasingkan di rumah, diuji positif dan kemudian dibawa ke Hospital St Thomas di pusat London, di mana beliau dirawat di unit pakar penyakit berjangkit, kata BBC.

Kes terbaru itu mendorong pihak berkuasa kesihatan Britain untuk menggesa sesiapa yang baru tiba di Britain dari China atau lapan tempat lain untuk mendapatkan bantuan jika mereka sakit, dan duduk di dalam rumah jika mereka mengalami simptom seperti batuk, demam, atau sesak nafas.

Tempat-tempat lain dalam makluman itu termasuk Singapura, Thailand, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia. - Reuters

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map