Subuh
5:42
Syuruk
7:05
Zuhur
1:12
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
Dunia

Koronavirus: Pekerja perubatan di Wuhan terbeban, perlu kerja tanpa perlindungan

Feb 14, 2020 | 09:58 AM

BEIJING: Pekerja perubatan di Wuhan, pusat wabak koronavirus, perlu berdepan dengan ribuan kes baru setiap minggu.

Ramai doktor terpaksa mengurus pesakit tanpa pelitup atau baju perlindungan, menggunakan semula peralatan sama yang sepatutnya diubah dengan kerap.

Sesetengah pekerja perubatan itu juga terpaksa memakai lampin untuk mengelakkan daripada perlu membuka peralatan, dan agar ia dapat bertahan lebih lama, menurut seorang pegawai kesihatan.

Seorang doktor di sebuah klinik masyarakat di Wuhan berkata beliau dan sekurang-kurangnya 16 rakan kerja lain menunjukkan simptom serupa dengan virus baru itu, termasuk jangkitan paru-paru dan batuk.

"Sebagai doktor, kami tidak mahu bekerja apabila kami menjadi sumber jangkitan," katanya doktor yang enggan namanya diterbitkan.

Tetapi “sekarang, tiada siapa yang boleh menggantikan anda," kata doktor itu sambil menambah bahawa semua kakitangan perubatan tanpa demam harus bekerja.

"Apa yang akan berlaku jika tidak ada orang yang bekerja di barisan depan?" katanya. 

Risiko yang dihadapi kakitangan perubatan mendapat perhatian selepas seorang doktor di Wuhan, Dr Li Wenliang, meninggal dunia akibat penyakit koronavirus itu, lebih daripada sebulan selepas beliau memberi amaran tentang virus baru seperti Sars yang menular di bandar itu. - AFP

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian