Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Pekerja perubatan di Wuhan terbeban, perlu kerja tanpa perlindungan

Feb 14, 2020 | 9:58 AM
BERSIHKAN: Pekerja perubatan membersihkan pintu masuk sebuah kemudahan penjagaan kesihatan di Wuhan, China pada 2 Februari 2020.
BERSIHKAN: Pekerja perubatan membersihkan pintu masuk sebuah kemudahan penjagaan kesihatan di Wuhan, China pada 2 Februari 2020. - Foto: Reuters

BEIJING: Pekerja perubatan di Wuhan, pusat wabak koronavirus, perlu berdepan dengan ribuan kes baru setiap minggu.

Ramai doktor terpaksa mengurus pesakit tanpa pelitup atau baju perlindungan, menggunakan semula peralatan sama yang sepatutnya diubah dengan kerap.

Sesetengah pekerja perubatan itu juga terpaksa memakai lampin untuk mengelakkan daripada perlu membuka peralatan, dan agar ia dapat bertahan lebih lama, menurut seorang pegawai kesihatan.

Seorang doktor di sebuah klinik masyarakat di Wuhan berkata beliau dan sekurang-kurangnya 16 rakan kerja lain menunjukkan simptom serupa dengan virus baru itu, termasuk jangkitan paru-paru dan batuk.

"Sebagai doktor, kami tidak mahu bekerja apabila kami menjadi sumber jangkitan," katanya doktor yang enggan namanya diterbitkan.

Tetapi "sekarang, tiada siapa yang boleh menggantikan anda," kata doktor itu sambil menambah bahawa semua kakitangan perubatan tanpa demam harus bekerja.

"Apa yang akan berlaku jika tidak ada orang yang bekerja di barisan depan?" katanya.

Risiko yang dihadapi kakitangan perubatan mendapat perhatian selepas seorang doktor di Wuhan, Dr Li Wenliang, meninggal dunia akibat penyakit koronavirus itu, lebih daripada sebulan selepas beliau memberi amaran tentang virus baru seperti Sars yang menular di bandar itu. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg