Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Pembeli tidak 'borong' di Johor

Feb 13, 2020 | 12:45 PM



JOHOR BARU: Kedai-kedai di Johor tidak melihat barangan mereka dibeli secara berlebihan sehingga rak-rak di pasar raya menjadi kosong.



Pemeriksaan di beberapa buah kedai menunjukkan tidak ada pembelian panik oleh warga Malaysia atau pun pembeli asing.



Seorang pekerja di pasar raya terkemuka di sebuah pusat beli belah terkenal yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Nurliana, 34 tahun, berkata beliau tidak melihat sebarang "pembelian berlebihan".



"Memang biasa untuk warga Singapura berbelanja di sini, tapi kami tak lihat apa-apa di luar kebiasaan pada hujung minggu lalu.



"Kami ada stok mencukupi kecuali untuk pelitup dan sanitiser tangan," katanya.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia berkata pemeriksaan telah dilakukan di Johor Baru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang dan Kulai sejak Sabtu lalu (8 Feb) untuk mengekang pemborongan. - THE STAR/ ASIA NEWS NETWORKS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >