Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Pengunjung yang baru-baru ini ke Korea Selatan, utara Italy dan Iran dilarang masuk ke S'pura; ujian bagi semua pengunjung yang menunjukkan simptom di pusat pemeriksaan

Mar 03, 2020 | 06:44 PM



MULAI Rabu (4 Mac), pelancong yang telah ke Korea Selatan, utara Italy dan Iran dalam tempoh 14 hari lalu tidak akan dibenarkan masuk atau transit melalui Singapura.


Warga Singapura, penduduk dan pemegang pas jangka panjang yang telah ke tempat-tempat itu dalam 14 hari terakhir akan diberikan notis duduk di rumah apabila mereka pulang.


Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata pada Selasa (3 Mac) bahawa definisi kes suspek juga telah diluaskan.


Mulai 11.59 malam Rabu, semua pengunjung yang memasuki Singapura yang mengalami demam atau simptom penyakit pernafasan lain boleh dikehendaki menjalani ujian 'swab' Covid-19 di pusat pemeriksaan.


Mereka boleh meneruskan perjalanan mereka selepas menjalani ujian itu tetapi tidak bercampur dengan orang ramai, lapor The Straits Times. 


Hasil ujian boleh mengambil masa antara tiga dengan enam jam. Sepanjang tempoh itu, pengunjung akan dinasihatkan untuk mengurangkan hubungan dekat dengan orang lain sebagai langkah berjaga-jaga.


Pengunjung akan dihubungi dan diberitahu tentang keputusan ujian mereka dan mereka yang diuji positif akan dibawa ke hospital dalam ambulans.


Pelawat jangka pendek yang enggan menjalani ujian itu akan dilarang masuk.


Penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang tidak mahu menjalani ujian itu boleh dibatalkan atau dipendekkan pas dan keistimewaan mereka.


Semua pelancong - termasuk warga Singapura - yang tidak mematuhi arahan menjalani ujian boleh dihukum di bawah Akta Penyakit Berjangkit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >