Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Peniaga Malaysia rugi $89,000 ditipu membeli pelitup

Feb 20, 2020 | 7:05 PM
Peniaga Malaysia rugi $89,000 ditipu membeli pelitup bagi teman Singapuranya - Foto: NG SOR LUAN
Peniaga Malaysia rugi $89,000 ditipu membeli pelitup bagi teman Singapuranya - Foto: NG SOR LUAN -

SIBU - Seorang peniaga telah kerugian RM266,253 ($89,000) kerana ditipu setelah cuba membeli 20,000 pelitup menerusi dalam talian.

Kata polis Sibu, mangsa penipuan berusia 36 tahun itu telah menerima panggilan oleh temannya dari Singapura pada Rabu (19 Feb) sekitar 7 malam, yang menyuruhnya mencari pelitup kerana stok di Singapura sudah habis ekoran wabak koronavirus, lapor The Star/Asia News Network.

"Mangsa itu kemudian menulis di akaun Facebooknya bahawa beliau sedang mencari barang itu. Kemudian, seorang yang bernama Heston Seah menjawap kepadanya," kata polis.

Polis mengatakan bahawa mangsa penipuan itu diberitahu Seah bahawa dia menjual pelitup berharga $14 bagi setiap kotak.

Tertarik dengan tawaran itu, mangsa membuat tempahan sebanyak 20,000 kotak.

"Setelah membayar, mangsa itu memberitahu temannya di Singapura itu bahawa pelitup tersebut akan dihantar ke alamat rumahnya," kata polis.

Namun, setelah menempah, teman Singapuranya itu tidak menerima pelitup itu dan Seah telah melarikan diri. - The Star.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg