Koronavirus: Penjual emas di India hadapi penjualan terendah dalam 25 tahun, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Koronavirus: Penjual emas di India hadapi penjualan terendah dalam 25 tahun

Mar 24, 2020 | 03:52 PM

MUMBAI: Jumlah penjualan emas di India dijangka akan merosot secara mendadak kepada tahap terendah dalam tempoh suku abad sedang perintah berkurung dilaksanakan di negara itu bagi membendung penularan virus Covid-19.

India, yang merupakan pasaran besar pengguna emas kedua di serata dunia kini menyaksikan permintaan bagi emas merosot mendadak sedang harga emas setempat mencecah rekod tertinggi.

Negara itu juga dijangka menuju ke arah kelembapan ekonomi, satu peristiwa yang tidak pernah terjadi dalam 11 tahun sebelum ini.

Keperitan ekonomi itu dijangka akan menjadi lebih sulit kerana ramai pembeli emas yang bimbang tentang wabak dan lebih ramai penjual emas menutup kedai setelah Perdana Menteri Narendra Modi dan beberapa pemimpin negara mengenakan perintah kawalan pergerakan yang membuat hampir seluruh negara itu berkurung.

Penjualan emas dijangka akan turun sebanyak 30 peratus pada 2020 daripada angka 690 tan pada tahun lalu, kata Encik N Anantha Padmanaban, pengerusi Majlis Penjual Emas Setempat India dan All India Gem. - Agensi Berita.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map