Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Penumpang tren di Amerika sembur penumpang asal Asia dengan penyegar udara kerana takut Covid-19

Mar 09, 2020 | 04:34 PM



BROOKLYN: Dalam satu kejadian yang dilihat sebagai jenayah kebencian berhubung koronavirus, seorang penumpang kereta api di Brooklyn, New York City cuba menghalau seorang penumpang Asia dengan menyembur penyegar udara terhadapnya.



Penumpang yang menyembur penyegar udara itu, yang berketurunan Afrika-Amerika, mula menjerit dan mengeluarkan kekata kesat apabila seorang penumpang keturunan Asia berdiri berhampirannya, mengikut satu video yang dimuatnaik ke Facebook oleh Doris Au pada Rabu lalu (4 Mac). 



Kededua penumpang dilihat berdiri dalam kerata api bergerak dalam klip pertama video itu.



Lelaki keturunan Asia itu secara senyap bersandar di pintu kerata api laluan bawah tanah manakala penumpang marah itu berjalan di sekitar kereta api yang agak kosong. 



“Suruh dia pergi!” kata lelaki berkulit hitam itu, yang memakai jaket berwarna kelabu dan putih.



Apabila seorang penumpang di belakang kamera bertanya kenapa lelaki Asia harus pergi, penumpang itu menjawab: “Sebab dia berdiri dekat dengan saya!”



Selepas lelaki keturunan Asia itu enggan berganjak, lelaki kulit hitam itu mengeluarkan sebuah botol berwarna ungu dan mula menyembur semburan pembasmi kuman itu tepat di depan rakan penumpangnya.



Beliau kemudian bersandar di pintu berdekatan yang memandang ke arah lelaki keturunan Asia itu.



“Kalau awak tidak mahu pergi saya akan tumbuk awak. Awak baik pergi,” ulang lelaki berkulit hitam itu. 



Dalam video kedua, lelaki keturunan Asia itu bersemuka dengan lelaki berkulit hitam tersebut. 



Lelaki berkulit itu telah pun duduk apabila lelaki keturuna Asia itu bertanya: “Mengapa begitu? Kenapa saya tidak boleh duduk sebelah anda?”



Sebelum perkara menjadi lebih teruk, seorang wanita menarik jauh lelaki keturunan Asia itu. - Agensi berita 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >