Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Perkhidmatan gereja Korea Selatan dikaitkan dengan sejumlah kes baru

Feb 19, 2020 | 5:42 PM
Pegawai kuarantin sedang melakukan pembasmian kuman di asrama Universiti Chosun di Gwangju, Korea Selatan pada 18 Februari 2020. Foto: EPA-EFE
Pegawai kuarantin sedang melakukan pembasmian kuman di asrama Universiti Chosun di Gwangju, Korea Selatan pada 18 Februari 2020. Foto: EPA-EFE -

SEOUL: Korea Selatan melaporkan 15 kes jangkitan koronavirus baru pada Rabu (19 Februari), termasuk 10 orang yang dikaitkan dengan beberapa perkhidmatan gereja di kota Daegu.

Ini merupakan kenaikan kes terbesar di negara itu sejauh ini, menjadikan jumlah pesakit koronavirus setempat kepada 46.

Menurut satu kenyataan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC), sebanyak 13 daripada kes baru Covid-19 itu itu dikesan di Daegu dan di sekitar wilayah Gyeongsang Utara.

Daripada 13 kes itu, sebanyak 11 kes didapati berkaitan dengan satu kes yang dilaporkan sebelum ini, seorang wanita berusia 61 tahun yang dinamakan 'Pesakit 31'.

Wanita itu tidak mempunyai rekod perjalanan ke luar negara tetapi telah menghadiri beberapa perkhidmatan gereja sebelum pergi ke hospital untuk menerima rawatan, dan disahkan menghidap koronavirus kemudian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg