Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Polis Indonesia rampas 600,000 pelitup

Mar 4, 2020 | 5:52 PM
DIRAMPAS: Lebih daripada setengah juta pelitup dirampas polis Indonesia setelah ia menjalankan operasi serbuan di satu gudang yang terletak di Tangerang, Indonesia. - Foto: AFP/FAJRIN RAHARJO
DIRAMPAS: Lebih daripada setengah juta pelitup dirampas polis Indonesia setelah ia menjalankan operasi serbuan di satu gudang yang terletak di Tangerang, Indonesia. - Foto: AFP/FAJRIN RAHARJO -

JAKARTA - Polis Indonesia telah merampas lebih setengah juta pelitup di satu kemudahan simpanan di Jakarta, setelah kes jangkitan koronavirus pertama di negara dilaporkan minggu ini menyebabkan ramai berlumba-lumba membeli pelitup hingga harga melambung.

Pihak berkuasa telah menyoal dua orang selepas operasi serbuan itu dijalankan di sebuah gudang yang terletak di bandar Tangerang, yang ditemui 600,000 pelitup pada malam Selasa (3 Mac).

Kata polis, pemilik gudang itu tidak mempunyai izin untuk mengagihkan pelitup tersebut.

"Harga pelitup telah meningkat secara mendadak di serata negara dan kini bekalannya juga berkurangan, besar kemungkinan disebabkan penyorok yang cuba mendapat untung daripada penjualan semula produk itu hingga membebankan orang ramai," kata Encik Yusri Yunus, seorang jurucakap polis Jakarta kepada media pada Rabu (4 Mac). - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg