Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Rakyat M'sia yang ingin dikuarantin di hotel 5 bintang mesti tanggung kosnya

Apr 7, 2020 | 4:08 PM
Sejak 3 April, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warga asing yang dibenarkan memasuki negara itu perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.
Sejak 3 April, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warga asing yang dibenarkan memasuki negara itu perlu menjalani kuarantin selama 14 hari. - Reuters

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara yang mahu dikuarantin di hotel lima bintang akan perlu menanggung kos itu sendiri, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob pada Selasa (7 April).

Beliau berkata walaupun demikian, mereka hanya boleh memilih untuk tinggal di hotel yang diwartakan oleh kerajaan.

Menjelaskan tetang isu yang tular di media sosial itu, beliau berkata: "Apabila kami menguatkuasakan kuarantin wajib, ia adalah untuk dipatuhi oleh rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan juga warga asing, seperti duta dan diplomat yang memasuki negara ini. Kedutaan telah meminta kami membolehkan wakil mereka dikuarantin di hotel dan akan menanggung sepenuhnya kos penginapan untuk diplomat mereka. Itulah sebabnya kami mewartakan beberapa hotel sebagai pusat kuarantin."

Sejak 3 April, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warga asing yang dibenarkan memasuki negara itu perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Bagi menampung bilangan besar orang yang pulang, kerajaan telah mewartakan ratusan premis dan kemudahan, termasuk hotel empat dan lima bintang sebagai pusat kuarantin. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg