Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Singapura akan larang pengunjung baru dari Cheongdo dan Daegu berikutan peningkatan kes di Korea Selatan

Feb 25, 2020 | 09:28 PM



SINGAPURA akan melarang pengunjung baru dari wilayah Cheongdo dan bandar Daegu di Korea Selatan, sedang bilangan kes koronavirus di kawasan itu terus meningkat. 


Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Selasa (25 Februari) berkata sedang bilangan kes Covid-19 meningkat di seluruh dunia, Singapura harus menjangkakan bilangan kes di sini turut meningkat disebabkan oleh risiko kes yang diimport. 


Menurut Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong,  pengerusi bersama pasukan bertindak yang dibentuk bagi menangani koronavirus itu, warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang dengan sejarah perjalanan ke Cheongdo dan Daegu dalam tempoh 14 hari lalu akan diberikan notis duduk di rumah.


Ini bermakna mereka tidak akan dibenarkan keluar dari rumah mereka selama 14 hari selepas kembali ke Singapura, lapor The Straits Times.


Korea Selatan, di mana 10 orang telah meninggal dunia akibat koronavirus itu, telah menaikkan amaran virusnya kepada merah - yang tertinggi - sedang bilangan kes terus meningkat, dengan sejumlah 977 pada kiraan terakhir. 


Sekurang-kurangnya 511 kes dikaitkan dengan gereja Shincheonji Church of Jesus di Daegu, dan 113 kes adalah dari Hospital Daenam di Cheongdo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >