Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Terminal Larkin dibersihkan

Mar 19, 2020 | 07:23 PM



JOHOR BAHRU: Pengurusan Terminal Bas Larkin Sentral sedang melakukan proses pembersihan menyeluruh selepas seorang penumpang yang menaiki bas di situ Isnin lalu, disyaki dijangkiti Covid-19.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Encik Mohd Solihan Badri, berkata proses pembersihan dan sanitasi dijalankan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.


“Pihak pengurusan terminal serta kakitangan juga ada menjalankan pemeriksaan suhu badan penumpang di pintu masuk kawasan pelepasan bas.


“Pengusaha bas terbabit juga diminta melakukan pembersihan dan sanitasi bagi kenderaan mereka,” katanya menurut Berita Harian Malaysia.


Penumpang yang menaiki bas ekspres dari Terminal Larkin Sentral ke Terminal Sentral Kuantan pada 7.45 malam Isnin lalu telah diminta menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.


Ini setelah seorang daripada penumpang bas itu disahkan dijangkiti Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >