Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Tiada perkara untuk disorok selepas tiada kes dikesan, kata Indonesia

Feb 12, 2020 | 11:41 AM



JAKARTA/BOGOR: Indonesia tidak menyorok apa-apa maklumat berkaitan koronavirus, kata menteri kesihatan pada Selasa (11 Februari), selepas pengkaji perubatan melahirkan kerisauan bahawa tiada kes virus dikesan di negara keempat terbesar di dunia yang mempunyai ramai penduduk.



Sedang virus itu menular pantas dari China ke seluruh dan melebihi negara-negara di rantau ini, negara Asia Tenggara yang luas dan mempunyai lebih 260 juta penduduk itu belum lagi melaporkan sebarang kes setakat ini.



Belasan kes telah pun dilaporkan di negara lain di rantau ini termasuk Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina - di mana seorang telah maut,  menimbulkan keraguan di media sosial mengenai khususnya kemungkinan kurang pengawasan di Indonesia.



Pengkaji di Sekolah Kesihatan Umum di Harvard T.H. Chan di Amerika Syarikat, kemudian berkata, dalam satu kajian minggu lalu, bahawa Indonesia perlu segeramengukuhkan pengawasan dan kawalan wabak virus - terutamanya memandangkan ia mempunyai penerbangan langsung dari bandar pusat Wuhan, yang merupakan pusat punca virus.



Pasukan Harvard itu berkata bahawa kekurangan kes jangkitan yang disahkan di Indonesia “mungkin menyarankan ada kemungkinan kes yang tidak dikesan” kerana perjalanan di udara boleh menyumbang kepada kes yang dieksport dari China.



Virus itu telah membunuh lebih 1,000 orang dengan lebih 42,000 kes yang disahkan di China dan 319 kes di 24 negara lain.



Kebanyakan kes di luar China disebabkan orang yang memiliki sejarah perjalanan ke negara itu.



“Kami mempunyai peralatan untuk memeriksa koronavirus dan mereka telah diluluskan...Tiada perkara untuk disembunyi,” kata Menteri Kesihatan Encik Terawan Agus Putranto selepas mesyuarat kabinet di istana presiden Bogor di luar Jakarta, dalam responsnya terhadap kebimbangan ini. 



Indonesia telah menguji 64 sampel dari kes yang disyaki jangkitan virus - 62 kes diuji negatif sementara ujian bagi dua lagi kes masih belum selesai, kata ketua agensi kajian dan pembangunan kementerian kesihatan, Encik Siswanto, semasa lawatan ke makmalnya di Jakarta. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >