Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Turkey lapor 12 kes baru; kuarantin ribuan jemaah pulang dari umrah

Mar 16, 2020 | 2:23 PM
KORONAVIRUS DI TURKEY: Seorang pekerja memakai pakaian perlindungan menyahjangkit Hagia Sophia bagi mengelak penyebaran Covid-19 di Istanbul. Turkey kini mempunyai 18 kes koronavirus setelah negara itu melaporkan kes pertamanya minggu lalu.
KORONAVIRUS DI TURKEY: Seorang pekerja memakai pakaian perlindungan menyahjangkit Hagia Sophia bagi mengelak penyebaran Covid-19 di Istanbul. Turkey kini mempunyai 18 kes koronavirus setelah negara itu melaporkan kes pertamanya minggu lalu. - AFP

ISTANBUL: Turkey mengenal pasti 12 kes koronavirus baru, menjadikan jumlahkes di negara itu kepada 18, sedang ribuan jemaah yang pulang dari umrah pula dikuarantin. Menteri Kesihatan Fahrettin Koca pada Isnin (16 Mac), berkata dua kes baru didapati berkaitan dengan kes pertama yang dilaporkan di negara itu, tujuh kes datang dari Eropah dan tiga dari Amerika Syarikat. Sementara itu, rakaman televisyen pada hari Ahad (15 Mac) menunjukkan bas mengangkut jemaah umrah dari lapangan terbang Ankara ke bandar sebagai sebahagian daripada operasi untuk menempatkan mereka ke kemudahan kuarantin. Langkah-langkah ini dibuat selepas pihak berkuasa mengesahkan seorang jemaah yang kembali pada minggu lalu telah menjadi orang keenam untuk menguji positif. Dalam pada itu, pemerintah meningkatkan langkah menghentikan penyebaran virus, menutup sekolah dan universiti, mengadakan acara sukan tanpa penonton dan menghentikan penerbangan ke banyak negara. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg