Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Warga Britain yang jangkit virus di S’pura dan merebaknya ke 11 orang telah pulih

Feb 12, 2020 | 10:09 AM



LONDON: Seorang ahli perniagaan Britain yang digelar “super-spreader” koronavirus pada Selasa (11 Februari) berkata bahawa beliau telah pulih sepenuhnya namun kekal diasingkan di sebuah hospital di tengah London.



Encik Steve Walsh mengeluarkan kenyataan dari Hospital Guy’s dan St Thomas’ selepas menjangkiti virus itu semasa satu lawatan perniagaan ke Singapura.



Beliau dipercayai merebak jangkitan itu kepada sekurang-kurangnya 11 lagi warga Britain - lima orang di chalet ski di pergunungan Alp Perancis dan lima orang lagi yang telah kembali ke bandar asalnya di Brighton di pantai tenggara England.



Seorang lagi orang telah disahkan virus itu ketika bercuti di Sepanyol.



Encik Walsh berkata beliau menghubungi khidmat kesihatan nasional Britain sejurus beliau menyedari beliau mungkin sakit.



“Sejurus saya tahu saya terdedah kepada kes disahkan koronavirus, saya menghubungi GP (doktor umum) NHS 111 dan Kesihatan Umum England,” katanya yang berusia 53 tahun. “Saya dinasihati untuk ke bilik pengasingan di hospital, meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom, dan kemudian diarah mengasingkan diri sendiri di rumah,” tambahnya.



“Apabila saya disahkan menjangkiti virus ini, saya dibawa ke unit pengasingan di hospital untuk ditempatkan di sana, dan sebagai langkah berjaga-jaga, keluarga saya juga disuruh mengasingkan diri mereka.”



Menurut akhbar Daily Mail, Encik Walsh mengenal pasti dirinya sebagai pemimpin pengakap lelaki yang bertugas untuk syarikat analitik gas semula jadi Britain, Servomex.



Beliau telah meghadiri satu persidangan perniagaan di Hotel Grand Hyatt di Singapura dan dipercayai menjangkiti virus seperti Sars itu di sana.



Sejauh ini, Britain telah melaporkan lapan kes virus itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >