Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24
Dunia

Koronavirus: Warga Italy menjadi kes jangkitan ketiga di Sepanyol

Feb 25, 2020 | 02:32 PM

MADRID: Seorang lelaki warga Italy telah diuji positif bagi koronavirus di Tenerife, Pulau Canary, umum pihak penguasa kesihatan daerah itu pada Isnin (24 Februari).

Media Sepanyol termasuk El Mundo melaporkan lelaki itu merupakan seorang doktor warga Italy yang sedang bercuti di Sepanyol.

Lelaki itu kini telah diasingkan dan keputusan ujiannya akan dihantar ke Madrid untuk analisis kedua, iaitu protokol Sepanyol bagi kes koronavirus yang disyaki, kata pihak penguasa kesihatan Pulau Canary dalam satu kenyataan. 

Beliau merupakan orang ketiga yang diuji positif virus itu di Sepanyol selepas seorang lelaki Britain di Mallorca pada 9 Februari dan seorang lelaki Jerman di La Gomera, Pulau Canary pada 1 Februari.

Di Italy, pihak penguasa telah melaporkan kematian ketujuh akibat koronavirus itu pada Isnin, namun para pegawai menggesa supaya orang ramai kekal tenang dan telah melaporkan kenaikan jangkitan yang lebih rendah selepas jumlah itu meningkat secara mendadak pada hujung minggu lalu.

Kini terdapat 229 kes jangkitan keseluruhannya, kata ketua jabatan lindungan awam Italy, Encik Angelo Borelli dalam satu sidang akhbar pada malam Isnin, menjadikan jumlah kes itu yang tertinggi di Eropah. 

Namun, ini bermakna hanya 10 kes baru yang dilaporkan pada pagi Isnin, paling rendah berbanding beberapa hari lalu. - Reuters